Monday, August 18, 2008
Hatiku berkocak tdk setenang air lautan dihadapanku...hari ini aku berjalan sendirian mencari satu ketenangan, bermuhasabah diri tentang perkara2 yg sebelum ini terjadi dlm hidupku...ya...terlalu bnyk perkara yang ingin aku lenyapkan dlm kotak hatiku.
Tidak lama lagi aku akan memulakan hidup baru..berpindah ke rumah baru dan hidup disamping perasaan baru. sukar aku gambarkan bagaimana dengan kehidupanku yang baru itu...namun yang pasti aku harus tabah melaluinya...apapun yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..kebahagiaan itu biar kita sendiri yang mencorakkannya...
Posted at 01:43 pm by mistik cinta buatmu
Permalink
Kini kenangan itu semakin menjauhi kamar hatiku..semenjak aku bertekad ntuk melupakannya, semakin hari ia semakin pudar dari pandangan hatiku...jikalau dahulu menyebut namanya saja membuatkan hatiku bergetar tetapi kini semuanya telah berubah...mgkin juga kerana kini kami sdh masing2 mencari kebahagiaan sendiri...
Kehidupan perlu diteruskan dengan menghargai apa yang kita ada kerana kadangkala penyesalan hanya akan timbul bila kita sdh kehilangannya... Harapanku biarlah kebahagiaan itu akan menjadi milikku yang hakiki..Hidup disamping harapan baru dan melupakan masa lalu..insyaAllah meskipun bukan insan kini yang pertama hadir dlm hatiku...biarlah dia yang menjadi terakhir dalam hidupku...aku ingin hidup bahagia demi insan yang aku sayangi dan mereka2 yang menyayangiku...
Posted at 09:54 am by mistik cinta buatmu
Permalink
Monday, August 11, 2008
kesedihan itu sedikit demi sedikit sudah tdk aku rasai lagi...mgkin kerana kini aku sdh belajar bagaimana untuk melepaskan bebanan hati yang ku tanggung selama ini...sebenarnya aku bersyukur pada Tuhan kerana memberikan aku peluang untuk menyayangi dan disayangi lagi...dan aku kini sudah mula belajar membukakan pintu hatiku yang sebelum ini kututup rapat untuk insan yang banyak memberikanku semangat dan dorongan..
Aku seharusnya bersyukur kerana selama ini dia telah menjadi pelindungku.tabah dan sabar melayani kerenah ku yang kadangkala sengaja kunafikan kewujudannya dalam hidupku...sungguh aku sdh berlaku kejam pada insan yang begitu menyayangiku...
Aku juga bersyukur pada Tuhan kerana belum terlambat untuk aku sambut huluran kasih sayangnya...ya.. selama ini hatiku buta dengan menyatakan bahawa cinta itu cukuplah hanya sekali disentuh..betapa aku mengagungkan cinta pertamaku..satu ketika dulu aku pernah mencoretkan isi hatiku di dalam diari, orang yang pertama ku cinta akan ku cintai selama2nya meskipun aku tiada jodoh dengannya.betapa bodohnya catatanku itu...Tuhan itu Maha Penyayang..Dia tidak membenarkan aku terus hanyut dalam kebodohan yang aku ciptakan sendiri.
sesungguhnya aku ingin menebus kembali sisa2 hidupku bersamanya yang telah banyak aku lemparkan ketepi...selama ini aku banyak nafikan haknya sebagai insan yang sepenuhnya bertanggungjawab keatasku...sungguh bila mengenangkan kembali semua itu aku takut..takut sekiranya aku terlambat ntk membalas kasih sayangnya... juga aku takut akan kehilangannya...kerana kini bibit kasih sayang sdh mula menjalar dalam hatiku ...cuma aku takut untuk menyatakan rasa cinta lagi...
kadangkala aku berfikir sendirian .... sebenarnya istilah SAYANG itu lebih bermakna dari CINTA...kerana sayang bagiku begitu mendalam.....semoga Tuhan sentiasa memberikan aku kebahagiaan...
Posted at 08:00 pm by mistik cinta buatmu
Permalink
Monday, July 14, 2008
Kenangan Biarkan Ia pergi
Awak...
Mungkin sdh tiba masanya ntuk sy melepaskan kenangan itu...
kenangan manis yang pernah kita cipta bersama suatu masa dulu sungguh indah...awak telah mengajar sy erti kasih sayang yang tak kan mngkin sy akan temui lagi dlm diri awak.
Awak...
Amat payah ntuk sy melepaskan kenangan itu. bertahun sy mencuba ntuk melupakan awak..mngkin inilah saatnya ntuk melepaskan semuanya pergi termasuk kenangan yg pnh kita lakarkan bersama. Tiada guna ntuk sy menyimpan kenangan itu lagi. kenangan yang banyak meragut sebahagian dri kehidupan sy...
Awak...
kini sdh tiba masanya ntuk sy membahagiakan diri sy. kerana hakikatnya selama ini kebahagiaan itu hanya wujud dengan adanya awak dihati sy...ya bertahun lamanya sy cintakan awak dan kini sy tdk ingin dibelenggu lagi oleh kenangan itu. Memang pahit tpi itulah yang sebaiknya dengan melepaskan semuanya pergi jauh bersama kenangan lalu...izinkn sy bahagia wak..juga doakan sy bahagia...juga doakan semoga sy dapat memberikan cinta pada insan yang menyayangi sy
Semoga awak juga bahagia bersama Tisyah...maafkan segala kesilapan sy...
Cintaku untukmu berakhir disini...
Posted at 11:20 am by mistik cinta buatmu
Permalink
Menangislah sepuasnya andai itu pengubat hati yang luka...mmg sedih untuk melepaskannya...tapi aku terpaksa demi kebahagiaanku dan juga kebahagiaannya...
Posted at 10:58 am by mistik cinta buatmu
Permalink
Tuesday, July 08, 2008
Pada titik ini aku menyerah kalah...biarpun hati dihimpit kelukaan yang teramat sangat namun terpaksa ku gagahi juga. Dunia kita nyata kini berbeza,..dan kau kini sudah semakin jauh dari hatiku....Sejak bila??? ..aku sendiri tidak menyedarinya....Meskipun sejak2 akhir ini kau sering hadir dalam mimpiku namun kau tetap jauh..dalam mimpi tersebut kita hanya mampu saling berpandangan dan selepas itu bayanganmu semakin menjauhiku...
Mungkinkah kini tiba saat untuk aku melepaskan rasa cinta itu??? sebenarnya aku keliru, dustalah jika sekiranya tiada sekelumitpun perasaan terhadapmu. Cintaku masih bersisa.
Terkadang aku dihimpit oleh perasaan rindu terhadapmu...kejam aku kan??? sepatutnya aku tidak boleh mengingatimu lagi apatah lagi menyimpan perasaan rindu itu. Hanya dengan melihat gambarmu, rasa rindu itu akan terubat.
Sejujurnya, aku sering mencuri pandang wajahmu jua melihat catatan dalam blogmu. selesai melihat dan membaca catatanmu, hatiku dipagut rasa pilu. Mengapa begini akhirnya takdirku???
Mungkin ini adalah HARGA yang sepatutnya aku bayar untuk semua yang berlaku..ya...harga ke atas pengorbananku..jua harga keatas harga diri yang kau bawa bersama.
Mungkin juga aku yang silap perhitungan. sangkaanku cintamu akan membawa aku ke satu ikatan yang diredhai Tuhan, satu ikatan yang takkan mungkin orang lain boleh menghalangnya jua takkan mungkin orang lain menyangkalkannya...tetapi... siapalah kita untuk menentukannya...
Kesilapan itu adalah satu pengajaran yang berharga buat kita. Seandainya masa boleh diputar kembali, aku tidak ingin merasai kelukaan ini...
Posted at 06:38 pm by mistik cinta buatmu
Permalink
Wednesday, June 18, 2008
Awak...
Hati ini berasa sakit setiap kali mengenangkan awak...sehingga kini saya masih tidak dapat melupakan awak. saya masih merindukan kemesraan kita. Sukarnya untuk membuang memori tentang kita. Bertahun saya cuba ntuk melupakan awak namun wajah awk tetap hadir jua. saya ingin pergi dari segala yang mengingatkan kepada awak lagi..ingin sekali diri ini memberikan cinta kepada lelaki lain namun sehingga kini hati ini masih kepunyaan awk.
awak,
Berikanlah saya peluang untuk hidup tanpa mengingati awk..bagaimana saya mahu melupakan awk? katakanlah pada saya kerana saya terlalu ingin hidup tanpa bayangan awk..saya percya suatu hari nanti sya akan melupakan awk. saya akan benarkan awk singgah dihati ini sekali sekala. seterusnya akan hilang sebagai memori. waktu itu awk hanyalah sebahagian daripada cerita tentang kehidupan saya yg lepas.
Saya ingin hidup ngan lelaki yang mampu membuatkan saya melupakan awk. Pasti suatu hari nanti sy akan lupakan awk..pada masa itu sy akan pastikan cinta saya bukan ntuk awk lagi. Terlalu banyak perkara yang ingin sy lakukan demi melupakan awk, demi mengusir ingatan agar jangan singgah lagi di kamar hati saya.
awak,
Restuilah saya kerana awak tidak mungkin akan berada disisi saya lagi. Kini kehidupan kita sdh jauh berbeza jauh terasing di dunia yg nyata. Berikan saya senyuman walaupun senyuman kesedihan..
Bila saya menutup mata, pergilah awak dari mimpi2 sy kerana sukarnya saya melupakan awak. Berikanlah saya kekuatan untuk menghadapi kehidupan baru ini... juga berikanlah sy semangat ntuk terus gembira demi insan2 yang saya sayangi dan mereka yang menyayangi saya.
Posted at 07:29 am by mistik cinta buatmu
Permalink
Wednesday, April 30, 2008
Terkadang aku rindu memori semalam.. mencintai dan dicintai adalah satu kebahagiaan yang tdk terhingga pd diriku...hnya kerana kesilapan semalam kini aku menanggung rasa rindu itu...meskipun kadangkala kebencian itu berselang seli ngan kerinduan yang teramat. mengapa semua ini trjadi dlm hidupku dan hidupmu.. ahh!!! sesungguhnya tiada siapa yang ingin terluka...kelukaan mu adalah kelukaan ku.soal hati dan perasaan mmg sukar ntuk dibohongi...semoga Tuhan membukakan pintu kebahagiaan untukmu dan jua untukku.andai ku tahu begini kesudahannya takkan ku biar hati ini menanggung kesakitan..aku benci ngan masa laluku tp pd masa yang sama aku juga kdg2 merinduinya..benarkah kebencian itu adalah rasa cinta yang sebenarnya....???
Posted at 09:01 am by mistik cinta buatmu
Permalink
Thursday, April 17, 2008
Erm... sudah agak lama juga aku tak m'update blog ini. selepas dairy blog inilah tempat aku meluahkan segala isi hatiku. hari ini aku ingin bercerita tentang keikhlasan hati. Entah mengapa semenjak dua menjak ini hatiku terusik dengan perkataan ini.
Ikhlaskah hati ntuk benar2 melupakannya? ikhlaskah hati ntuk ingin bahagia walau tanpanya di hati? sememangnya keikhlasan itu tdk dpt diukur dengan apa sekalipun alat pengukur kerana ianya perlu datang dari hati kita sendiri.
Aku akui hatiku tdk begitu ikhlas ntuk melupakannya kerana jika aku sdh melupakannya mana mngkin rasa rindu terhadapnya semakin hari semakin menebal dlm hati ini sedangkan aku sndiri mengetahui dirinya tdk layak ntuk menerima rindu ini. Tapi mengapa hati ini begitu degil menerima hakikat sebenarnya..Ahh!! payahnya sekeping hati ntuk menerima kenyataan, walau sdh dipujuk namun ia tetap begitu jua...
Posted at 08:04 am by mistik cinta buatmu
Permalink
Saturday, March 08, 2008
Waktu lapang begini aku gemar mengisi masa lapangku ngan membaca novel. novel apa lagi klu bukan novel cinta. setiap kali aku membacanya setiap kali itulah fikiranku akan melayang jauh kepada kenangan lalu. sukarnya berdepan ngan kenyataan bila diri masih dihimpit kenangan lalu. kemana jua kaki melangkah, dirinya masih sukar luput dari ingatan. impian dan ingatan terhadapnya memang sukar diusir pergi. biarlah ku begini...meskipun bayang duka sering merantai diri ini namun aku tetap rela...biarlah dia mencari kebahagiaannya sendiri...semoga kita berdua bahagia...
Posted at 01:40 am by mistik cinta buatmu
Permalink